Saturday 15 September 2018

GOOD NEWS! KIKAN KEMBALI BEROPERASI!

GOOD NEWS KEPADA SEMUA PEMINAT IKAN KUALA SELANGOR

kini servis penghantaran ikan KUALA SELANGOR ke RUMAH anda oleh KIKAN kembali beroperasi.

lawati: www.kikan.ml
whatsapp: https://wa.me/601151118011
facebook: https://www.facebook.com/kirimikan/

Thursday 19 January 2017

Membeli Ikan Di Kuala Selangor

Dilema membeli ikan segar?

Hidup dibandar ini, memang mencabar. Lagi-lagi bila bab makan, nak masak sendiri atau makan diluar.. 

Memang kalau nak diikutkan masak sendiri jauh lebih jimat berbanding dengan makan di luar, al maklumlah sekarang ni semua benda pun mahal. Kalau nak berjimat atau menyimpan kena lah masak sendiri. 

Nak makan dekat luar pun, rasa macam kena tipu je. Dah la harga mahal, makanan tak sedap dan bahan mentah nampak sangat takda kualiti. Kalau makan lunch di sekitar KL ni, ikan atau ayam boleh rasa yang ianya tidak fresh. Banyak peniaga beli dekat pasar borong ikan sejukbeku dan diletak ubat untuk nampak fresh sebab nak murah. Bila kita makan... haduii ikan ke batu ni?

Nak masak sendiri, persoalannya mana nak beli barang yang segar? Kalau antara pasaraya besar, memang berlumba-lumba lawan harga. Tapi kualiti ikan?? Hampeh... sama dengan pasar borong. Bila makan nak kunyah pun malas sbb tak ada rasa, telan je la asal kenyang.  

Kalau kedai-kedai fresh market atau grocery tu, ikannya sedikit fresh tapi harganya pulak boleh pengsan... apa yang nak jimat? Dulu Farah selalu beli, tapi tak pernah banding harga.. ingatkan biasalah.. tapi beli tengok harga di pasar kuala selangor yang lebih fresh, mak aihh jauh nya beza! 

Di Kuala Selangor, ikannya lebih murah dari fresh market atau grocery yang ada di bandar. Dan ianya lebih segar. Kadang2 fresh mart ni sebut ikan kuala selangor, tapi dia tak sebut ikan tu datang hari apa. Tapi di Kuala Selangor, tiada siapa yang jual ikan lama.. kalau ada yang jual, maknanya tutup kedai la tak lama lagi sebab orang tak akan pergi. 

Memang kalau beli ikan atau seafood dari Kuala Selangor ni, berbezaaaaaa sangat rasanya daripada beli di tempat lain. Kalau korang tak percaya, cuba lah google pengalaman orang-orang beli ikan di sana. Ikan ni pulak boleh simpan sampai 3-4 minggu dalam peti, bila masak masih terasa segar dia. Dengan syarat jangan siang dan jangan basuh. Dapat je terus simpan! Bila nak masak baru siang dan basuh. 

Tapi kalau nak beli di Kuala Selangor, masalahnya kita yang duduk di bandar ni ada ke masa nak ke sana? Duit minyak tol nak kesana pun boleh tahan juga. Kalau dari Shah Alam ni, tol pergi balik je dah RM19. Minyak dalam RM30 pergi balik.. 

Gambar jeti di Kuala Selangor 

Jadi Farah sarankan pada korang semua, beli ikan secara pesanan daripada KIKAN Fresh. Kikan ni servis membeli dan menghantar ikan dari Kuala Selangor, terus ke rumah korang! Ikan gerenti fresh sebab ikan tersebut turun bot dan sampai ke rumah anda pada hari yang sama. 

Harga ikan juga lebih sangat berpatutan! Lagi murah dari fresh market atau grocery atau pasar moden. Pasar Shah Alam pun jual jenahak harga 40 lebih sekilo, dkt KIKAN boleh dapat bawah RM40 sekilo.  Upah kirim pun murah tak sampai RM5!

Pergi pasar pun minyak je dah berapa ringgit, ni tekan2 sampai tak payah nak berpeluh bazir masa dan wang nak ke pasar.

Jangan risau kalau takda orang dekat rumah, delivery boleh arrange sampai pukul 7 malam.. 

Untuk pengetahuan lanjut dan kawasan delivery korang boleh check  facebook Kikan atau website mereka.

**update tahun 2019: sekarang KIKAN cover hampir semua area di Lembah Klang, Shah Alam dan Klang

nak order atau nak tanya:

tekan je link bawah ni untuk whatsapp terus!

https://wa.me/601151118011

Terima kasih kerana sudi membaca!